Wednesday, June 6, 2018

Iffah Husna

Alhamdulillah..kelahiran yang dinantikan

Thursday, October 1, 2009

Puas

Seluruhnya kelegaan,puas
ketika semua yang digalas
sudah tercapai
berbalas senyum menguntum syukur.

Friday, September 4, 2009

Mengerti

Ada yang cuba mendekati
memahami isi hati
walau cuba dinafi

segala yang terbuku
di benak kalbu

harus ku luahkan
walau kekadang tidak seiringan
antara lisan dengan tersimpan

aku juga insan
punya hati perasaan
yang banyaknya terkorban
keluh sebagai teman

Friday, August 7, 2009

Sunyi Sekeping Hati

Bintulu,
satu daerah yang tidak pernah menyinggahi
di benakku untuk dijejaki

Tidak ku sangka
di lembah ini aku mencari rezeki
sesuap nasi meneruskan hidup yang berbaki
kepada yang tua tak pernah hati ku lupa
walau jarang ku hubungi
Bukan leka duhai ayah
tapi jauh di sudut hati ku,
ma tetap diingati

Ke3 tahunnya aku di sini
Hari hari aku mengulangi
segala rencah aktiviti
amanah yang masih ku galasi

Pada setiap hari jugalah
hati ku sunyi
ingin sekali
ku kembali ke daerah asalku
yang selalu ku kenangi



Thursday, August 6, 2009

Kerja oh kerja

Apabila kerja terlalu bertimbun, seakan diri ini bagai seorang pembantu tadbir pula. Tugas utama seorang guru seperti yang semua maklum ialah mengajar dan mendidik anak-anak bangsa. Kekadang tugas ini sudah dikesampingkan dek kerana beban kerja2 perkeranian yang bertimbun. Semalam sabar ku sudah ke puncaknya. Diberi tugasan menyambung beban yang lain,aku terima. Tapi seakan yang sepatutnya mengambil kesempatan atas tugas yang belum dibereskan. Akhirnya aku menangis jua. Ya ALLAH kuatkan imanku, sabarkan aku di dalam keadaan yang sebegini.

Friday, January 30, 2009

Maggi Tom Yam

Maggi Tom Yam yang ku order di kedai makan yang sungguh mengecewakan.Sudah la tanpa teragak-agak perutku ingin benar diisi dengan maggi dari semalam lagi.Pantas saja aku memesan menu itu dengan harapan hidangan itu bikin membuatkan seleraku puas.Tapi sudah la menu aku yang paling simple tapi aku orang terakhir yang mendapat hidangan berbanding teman2 lain.Sampai2 saja maggi itu...oh tidak!Ibarat maggi di asrama semesdian saja.Hanya maggi semata-mata bersama telur yang mungkin dicampak saja setelah air mendidih.Mana sayurnya,mana dagingnya,mana ayamnya?Teman2 cuma memujuk aku balik buat sendiri di rumah.Kalau ikutkan hati ingin saja aku marah tapi terfikir juga perutku sudah lapar,apatah lagi diri ini kurang bersyukur dengan apa yang ada.Sekurang-kurangnya aku masih ada pilihan untuk dimakan.Syukur ALLAH.